Pengurusan Syarikat


TUAN HAJI HARANI BIN ANU
Beliau merupakan seorang bekas pendidik yang mempunyai sumbangan yang amat besar dalam melestarikan nilai ilmu yang pernah dipelajarinya dalam bidang penerbitan. Anak jati Sarawak ini memulakan era pendidikan beliau di Sekolah Kebangsaan Bau. Matapelajaran pilihan beliau adalah Sejarah dan juga Bahasa Melayu.
Ilmu yang di tuntut tidak berhenti begitu sahaja,dengan itu beliau telah memutuskan untuk menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Rajang pada tahun 1977 dan mula menyumbangkan ilmu beliau pada tahun 1979 di sebuah sekolah di Kampung Salak, Sarawak. Setelah 10 tahun berlalu, beliau di tempatkan pula di Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai pegawai penyelia Pendidikan di Pusat Pendidikan Bau sebelum melanjutkan pengajian beliau di UiTM Samarahan dalam Bidang Sarjana Muda Pendidikan (TESL) pada tahun 2008. Disitulah titik utama beliau terlibat secara serius dalam bidang penerbitan di mana telah membuat penyelidikan serta penggambaran di Sematan juga di tempat-tempat sekitar Sarawak.
Sepanjang tempoh menjadi penerbit,beliau telah di amanahkan untuk menghasilkan bahan-bahan Pendidikan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia dan di siarkan di Radio Televisyen Malaysia ketika itu. Di dalam segmen radio Pendidikan beliau juga bertindak sebagai penerbit untuk program Bahasa Melayu, Pendidikan Islam,Bahasa Inggeris yang mengkehendaki beliau untuk menerbit serta membuat kajian untuk 15 rancangan setahun.

TUAN HAJI MOHD KHAIDIR REDZA BIN DAUD
Lulusan Sarjana Muda dan Sarjana dari Edith Cowan University, Australia Barat ini memulakan karier beliau dalam Bidang Penerbitan seawal mengikuti kursus Digital Photomedia danInteractive Multimedia Technologies sebagai pengkhususan Minordi samping Ijazah Sarjana Muda dalam Politics & Government AND History. Setelah menamatkan Ijazah Sarjana dalam Management Information Systems (e-commerce) , beliau menceburi bidang IT sebelum memulakan perniagaan sendiri.
Berpengalaman menjadi Penulis Skrip untuk Doku-biografi Tok Nan : Putera Kenyalang, beliau juga adalah salah seorang Penyampai (DJ) dan juga Penerbit Eksekutif di stesen radio online, Putrajaya FM.

PUAN HAJJAH AZIZA JASMI BINTI ADENAN
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda dalam bidang Mass Communications dari Murdoch University, Australia Barat dan seterusnya beliau melanjutkan pengajian beliau dalam bidang Sarjana : Master of Professional Communication (Mass Communications) dari Edith Cowan University, Australia Barat.

Sekembalinya beliau ke tanahair, beliau berpengalaman sebagai Pensyarah di Fakulti Komunikasi, Media dan Penyiaran di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Berpengalaman luas dalam melahirkan pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa yang kini sedang menempa nama di bidang kewartawanan, seni lakon dan juga penyiaran.